Wednesday, March 10, 2010

Cerita 1: Bismillah



Satu perkataan yang INDAH...
Di sini saya nak kongsikan bersama kawan-kawan semua... Walaupun ada sesetengah sahabat-sahabat tahu tentang kisah ini namun saya tetap nak kongsikan bersama-sama.

Semoga menjadi Iktibar dan Pengajaran buat kita semua...


Pada suatu masa dahulu, tinggal seorang isteri bersama suaminya di sebuah rumah dipinggir sebuah desa.

Sisuami seorang peniaga disebuah pasar dan keluar pada waktu pagi dan pulang lewat petang. Kehidupan mereka agak senang. Segala serba-serbi didalam rumah disediakan secukupnya oleh sisuami. Sisuami juga menyenangi sikap isterinya yang rajin dan pandai mengambil hatinya.

Namun terdapat satu perkara yang tidak disenangi oleh sisuami terhadap siisteri dan membuatkannya merasa pelik dan hairan. Ini kerana setiap kali siisteri hendak melakukan sesuatu dia akan memulakannya dengan perkataan "BISMILLAH". Pada fikirannya yang telah bertahun-tahun berniaga tidak pernah pun sekali dia melafazkan perkataan itu namun dia tetap mendapat keuntungan dari perniagaannya. Lalu dia mendapat satu ilham untuk membuktikan kepada isterinya bahawa perkataan yang sering kali diucapkan oleh isterinya itu tidak memberi sebarang keuntungan kepadanya.

Hari itu setelah selesai berniaga dipasar, dia memberikan wang keuntungannya kepada siisteri untuk disimpannya. Lalu siisteri dengan senyuman yang manis mengambil wang itu lalu masuk kedalam bilik lalu disimpannya didalam almari pakaian. Seperti kebiasaannya dia memulakan membuka pintu almari dengan perkataan "BISMILLAH " hinggalah semuanya selesai. Sedang dia melakukan semua itu tidak di ketahui olehnya bahawa suaminya sedang mengintai dari celah daun pintu.

Setelah selesai diapun keluar lalu menyatakan pada suaminya wang itu telah selamat disimpannya didalam almari. Maka merekapun bersama menikmati hidangan makan malam yang telah disediakan oleh siisteri. Pada malam hari waktu mereka sedang tidur bangun sisuami lalu mengambil wang yang disimpan oleh isterinya tadi dan mengalihkannya kesuatu tempat yang lain tanpa siisteri menyedarinya.

Apabila selesai diapun kembali semula ketempat tidur. Pada keesokan harinya sebelum dia pergi berniaga ke pasar seperti kebiasaannya. Dia meminta wang yang diberi kepada isteri nya itu kembali untuk dibawa kepasar sebagai modal perniagaan. Dengan taat siisteri segera masuk kedalam bilik dimana dia menyimpan wang tersebut. Seperti biasa dia akan memulakannya dengan perkataan "BISMILLAH". selepas itu barulah dia membuka pintu almari perlahan-lahan.

Sebentar selepas itu dia pun keluar semula menemui suaminya untuk memberikan wang tersebut. Alangkah terperanjatnya sisuami apabila melihat wang itu berada ditangan isterinya lalu dia menangis teresak-esak.Lalu ditanya oleh siisteri mengapa suaminya menangis melihatkan akan wang itu. Lalu sisuami menjawab dengan nada yang insaf dan teresak-esak.

Sebenarnya aku telah cuba untuk menganaiyai engkau. Wang yang ada ditanganmu itu sebenarnya telah aku ubah tempatnya ketempat yang lain semasa engkau tidur. Dengan harapan apabila engkau bangun dan mahu mengambil wang itu semula, wang itu telah tiada. Tapi kerana sikapmu yang memulakan setiap perbuatanmu dengan "BISMILLAHHIRRAHMANIRROHIM" wang itu masih ada disitu.

Selama ini aku sangka perbuatanmu itu tidak memberi apa-apa faedah. Lalu siisteri pun berkata kepada sisuami. Sesungguhnya Allah Maha melihat dan Maha mengetahui segala yang dikerjakan oleh hambaNya. Dari itu hendaklah kita memulakan sesuatu pekerjaan itu dengan menyebut nama Allah. Nescaya kita akan mendapat keberkatan dari apa yang kita kerjakan itu. INSYAALLAH

Karya : Nurkilan

WA ILAL LIQA'.....

No comments:

Post a Comment