Wednesday, January 26, 2011

Mengenai Pro Mahasiswa

Aku sambung lagi kisah PRK...
Kat kampus aku sekarang PRO-M n aku penyokong PRO-M...
Banyak persoalan yang timbulkan, knpe ade Pro M... Selama ini x pernah dengar pun..
Aku salah seorang, ketinggalan perkembangan kampuskan.. di U2 seluruh Malaysia dah x asing lagikan…

Hexhex3xxx…. Aku happylah c0z ada dikalangan Mahasiswa yang sedar akan kepentingan PRK… Tidaklah kita tercari-cari dimane nk luahkan suara Mahasiswa kan… Kalau post yang lepas kita berknl2an dgn PKR sekarang dgn PRO-M pula.. Jangan ade yang salah faham lagi lps ini… x suka tau…



Logo PRO M

Pro-Mahasiswa bukanlah sebuah persatuan atau pertubuhan pelajar, tetapi Pro-Mahasiswa adalah suara bersama pelajar atau mahasiwa yang berkesedaran tentang perlunya suatu pendirian atau prinsip yang mendokong supaya mahasiswa di mana-mana IPT dijenamakan semula bagi memenuhi keperluan kepemimpinan negara dan masyarakat.

Pro-Mahasiswa merupakan suatu pakatan yang terdiri daripada persatuan-persatuan atau mana-mana individu yang menyokong satu usaha menuntut hak mahasiswa di kampus dan usaha untuk melahirkan golongan mahasiswa yang berkaliber, berakhlak mulia, berani bersuara dan mampu membawa negara ke mercu jaya pada masa akan datang.

Dipoliku kita baru nak kenal erti sebenar tentang suara mahasiswa..

Ketinggalan zaman, di universiti lain mejoriti diteraju oleh pro mahasiswa, bukan nya hanya terikat dgn arahan dari pihak atasan yang menyuruh kita untuk membuat program... Tapi kita sebagai mahasiswa perlu tahu.. selama ini kita tahukan berapa peruntukan yang kerajaan bagi untuk program mahasiswa??

Jangan melihat sesuatu itu dari hati yang marah, kecewa, atau melihat dari satu aspek sahaja... mungkin pada ketika ini kita tidak nampak, kita fikir kenapa nak rahsiakan Pro M ini dari mata pensyarah??? ssb pensyarah bukan mahasiswa. Dan kalau kamu nak tahu juga apa pandangan ttg Pro M ini dari mata pensyarah silakan. Pensyarah juga bekas pelajar dan mereka lebih faham dari kita semua yang baru nk kenal dunia mahasiswa ini...

Sekarang ini kita lihat, byk ke hak mahasiswa/i di poliku di perjuangkan oleh HEP? JPP tidak akan dapat bergerak tanpa persetujuan oleh pihak HEP? Sedangkan JPP mempunyai hak dia sendiri... Bagi yang belum kenal apa itu PRO M baik berkenal-kenalan dulu sebelum menimbulkan isu yang boleh mendatangkan fitnah kepada pihak2 lain.. c

Paling menyedikan, aku terdengar sesetengah cal0n join JPP kerana kena cabar 0leh Pensyarah.. Betul ke begitu??? Kalau ade h0pe cal0n tersebut muhasabah diri kembali…

renung-renungkan...

PRO M Nasional

Pilihan Raya Kampus

Xcited.. Happy.. Takut n semua perasaan bercampur-buar...
Selama ini aku hanya mengikut ibuku yang aktif dgn partinya "BN" whatever...
Aku tahu selok belok mcm mana berkempen n memancing undi, bagaimana kedua2 pihak bersusah payah memancing undi di Kampung.. almaklumlah kat kampung walaupun dah maju tapi masih juga yang berfikiran sempit..
Kenapa aku terdetik untuk bincangkan hal ini???

Aku sebagai pelajar di semester 6 InsyaAllah akan habis.. Pertama kali merasai bahang kemeriaah Pilihan raya dikampus... Yang dulu aku hanya mendengar Pilihanraya Kampus (PRK) hanya berlaku di U­2 atau pun PRU..
Now aku merasainya...

First kita berta'aruf dulu ape PRK tu....

PRK adalah Platform untuk memilih Pemimpin Di Kalangan Mahasiswa.
Apakah Fungsi Pemimpin Ini? Yang Jelas Adalah Untuk Menjaga Kebajikan Mahasiswa Sekaligus Membawa Suara Mahasiswa Ke Telinga Pentadbiran.

Disamping Mereka Juga Membentuk Gagasan Dikalangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Untuk Menjalankan Portfolio Yang Dipertanggungjawabkan Oleh Yang Di Pertua mahupun Presiden masing².

Setiap universiti pasti akan mengadakan pilihan raya kampus atau lebih dikenali sebagai PRK. Akan tetapi, saban tahun PRK dirasakan semakin teruk. Dengan isu-isu sensitif dibangkitkan dan berbagai-bagai cara yang digunakan untuk menarik undi. Kenapa mesti keadaan sedemikian berlaku???

Bagi saya, PRK diwujudkan untuk memilih calon-calon JPP dimana mereka yang terpilih akan menjadi pembela pelajar universiti. Sebarang masalah yang dihadapi pelajar, JPP lah tempat untuk kita suarakan agar mereka boleh sampaikan ke pihak pengurusan universiti. Kenapa perlu kita hebahkan masalah yang dihadapi ke pengatahuan umum?

PRK juga salah satu pembelajaran yang kita tidak perolehi di dalam kuliah. disini kita dapat lihat bagaimana sesuatu pilihan raya itu dijalankan. Jadi dengan itu apabila kita cukup layak untuk mengundi di pilihan raya umum(PRU) kita sudah mendapat sedikit sebanyak pengatahuan.

Kenapa isu-isu sensitif perlu dibangkitkan?? Kenapa kata-kata kesat perlu dikeluarkan semasa hari berkempen?? kenapa perlu ada paksaan dalam mencari calon?? kenapa mesti kutuk mengutuk terhadap parti lawan?? kenapa tidak kita lakukan dengan cara yang berhemah?? tunjukkan kebolehan kita untuk menarik undi. bukan memburuk-burukkan orang lain. Ini hanyalah PRK, walaupun kita berlainan pendapat tetapi tujuan nya sama iaitu memperjuangkan nasib pelajar universiti.

Walaupun kita sebagai mahasiswa tidak di benarkan berpolitik, tapi kalau kita fikir balik kita sebagai orang muslim, dan dalam islam politik termasuk dalam juzu’ bagaimana kita nk memisahkan politik dalam hidup kita.. Dan tidak dinafikan fikiran kita banyak diracuni dgn Politik kotor. Politik itu TIDAK kotor tapi orang yang memainkan Politik sebagai kotor kita katakana dia itu kotor.. NOT POLITIK… Cuba kita fikir semasa kita solat berjemaah kita mengikut iman kan? Kalau tidak mengikut iman maksudnya solat kita tidak sah. Dari situ kita Nampak itupun satu politik tpi bukan politik dunia..

Kerajaan tidak membenarkan Mahasiswa berpolitik, macam mane nk membina rakyat Malaysia yang berjiwa patriotic??? Jangan menyalahkan belia2 di Negara kita tidak mencintai Tanah Airnya… ini kerana sifat itu tidak ditanam dalam diri kita… bak kate pepatah Melayu melentor buluh biar dari ribongmya…

Tapi kite semua sudah dewasa kita tahu ape baik ape buruknya.. fikir2 lah sendiri… Orang lain tidak akan dapt menbantu diri kita kecuali kita sendiri…

Reference : http://pemikirsemasa.blogspot.com

: http://qaiyum.net/

Monday, January 24, 2011

Sarawak ku..

Tajuk skema tiang nak.. hahhaha... landaklah, sekarang otak tgh beku...
Tak tahu y aku rasa nk post entry ni... Aku buka punya buka blog terjumpa blog nie...
Pengisian mmg best.. Benda yang banyak di sembunyikan dari kehidupan sebenar kita...
Tajuk ni amat berat nak di bawa sebenarnya n bolehlah dikatakan bahaya, sbb orang kaya ni mampu buat ape2 pun janji ada duit n dapat tutup kesalahan mereka... Tapi x lah semua.. Tapi adelah juga. Berapa banyak tapi dah...


Kenapa erhh Negeri Sarawak ni lambat maju arhhh...
Nak dikira hasil bumi Orang Sarawak nie banyak, minyak lagi, perhutanan lagi.... Memang banyak lah... Tapi kenapa mentari kita ni kaya tahap gaban???? Anak dia yang tengah sambung study pun dapat jadi President, kalau kat Malaysia x kisahlah... tapi oversea beb!!!! Gila kan.. Tapi orang berduuuu... Tiada yang mustahilkan...



Nie aku copy paste dari satu blog...

PENDEDAHAN EKSLUSIF HARTA KELUARGA TAIB MAHMUD-TERJEMAHAN WRLR

Tuesday, June 15th, 2010 GMT

Hotel /harta bernilai lebih dari seratus juta dolar di Kanada

Multi-million dollar complex

Multi-million dollar complex

Menara berkembar kaca dan kompleks membeli-belah di Preston Square dalam bentuk pusat bandarOttawa hanya sebahagian daripada portfolio hotel besar asing di Kanada yang dikendalikan oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud, mengikut siasatan,eksklusif kami .nilai bangunan ini sendiri patut sekurang-kurangnya berniai seratus juta dolar dan menghasilkan pendapatan sewa yang sihat dari beberapa syarikat atas Kanada, termasuk Xerox, Adobe dan Sun Life, yang menyewa ruang pejabat dan outlet runcit. Banyak Jabatan Kerajaan Kanada juga disenaraikan di bangunan ini .

Preston Square Ottawa – office space and shops


Preston Square yang terletak di pusat kerajaan merupakan sebuah hotel besar di Kanada yang dijalankan oleh pemaju Sakto, yang ditubuhkan pada awal tahun 1980 oleh anak Taib Mahmud Abu Bekir Taib bersama rakan sepengajiannya , putrinya Jamilah dan saudaranya Onn Mahmud. Hal ini terus dikendalikan sebagai usaha keluarga 'sekarang ini di kendalikan oleh menantunya berbangsa Kanada, Sean Murray.

Skyscraper Komersial - Ottawa's 'Xerox Tower' Kompleks. Sun Life dan Adobe adalah diantara beberapa syarikat untuk menyewa ruang dalam hotel prestij di Ottawa.

Pembayar cukai di Sarawak berhak untuk menanyakan bagaimana mudahnya Ketua Menteri' yang bergaji 20.000 Ringgit Malaysia sebulan telah berjaya membantu menghasilkan hotel jutaan ringgit begitu banyak. Hal ini juga diketahui bahawa keluarga Taib memiliki aset yang cukup lebih banyak di Malaysia dan di tempat lain.

Banyak lagi Information korang boleh dapat dari blog ni...
aku bagi link je erhhh... lagipun aku x minta kebenaran dari blogger tu untuk share dgn korang..
Jangan bagi tahu tau... hahhahaa
Wartawan Rasmi Laman Beformasi