Xcited.. Happy.. Takut n semua perasaan bercampur-buar...
Selama ini aku hanya mengikut ibuku yang aktif dgn partinya "BN" whatever...
Aku tahu selok belok mcm mana berkempen n memancing undi, bagaimana kedua2 pihak bersusah payah memancing undi di Kampung.. almaklumlah kat kampung walaupun dah maju tapi masih juga yang berfikiran sempit..
Kenapa aku terdetik untuk bincangkan hal ini???
Aku sebagai pelajar di semester 6 InsyaAllah akan habis.. Pertama kali merasai bahang kemeriaah Pilihan raya dikampus... Yang dulu aku hanya mendengar Pilihanraya Kampus (PRK) hanya berlaku di U2 atau pun PRU..
Now aku merasainya...
First kita berta'aruf dulu ape PRK tu....
PRK adalah Platform untuk memilih Pemimpin Di Kalangan Mahasiswa.
Apakah Fungsi Pemimpin Ini? Yang Jelas Adalah Untuk Menjaga Kebajikan Mahasiswa Sekaligus Membawa Suara Mahasiswa Ke Telinga Pentadbiran.
Disamping Mereka Juga Membentuk Gagasan Dikalangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Untuk Menjalankan Portfolio Yang Dipertanggungjawabkan Oleh Yang Di Pertua mahupun Presiden masing².
Setiap universiti pasti akan mengadakan pilihan raya kampus atau lebih dikenali sebagai PRK. Akan tetapi, saban tahun PRK dirasakan semakin teruk. Dengan isu-isu sensitif dibangkitkan dan berbagai-bagai cara yang digunakan untuk menarik undi. Kenapa mesti keadaan sedemikian berlaku???
Bagi saya, PRK diwujudkan untuk memilih calon-calon JPP dimana mereka yang terpilih akan menjadi pembela pelajar universiti. Sebarang masalah yang dihadapi pelajar, JPP lah tempat untuk kita suarakan agar mereka boleh sampaikan ke pihak pengurusan universiti. Kenapa perlu kita hebahkan masalah yang dihadapi ke pengatahuan umum?
PRK juga salah satu pembelajaran yang kita tidak perolehi di dalam kuliah. disini kita dapat lihat bagaimana sesuatu pilihan raya itu dijalankan. Jadi dengan itu apabila kita cukup layak untuk mengundi di pilihan raya umum(PRU) kita sudah mendapat sedikit sebanyak pengatahuan.
Kenapa isu-isu sensitif perlu dibangkitkan?? Kenapa kata-kata kesat perlu dikeluarkan semasa hari berkempen?? kenapa perlu ada paksaan dalam mencari calon?? kenapa mesti kutuk mengutuk terhadap parti lawan?? kenapa tidak kita lakukan dengan cara yang berhemah?? tunjukkan kebolehan kita untuk menarik undi. bukan memburuk-burukkan orang lain. Ini hanyalah PRK, walaupun kita berlainan pendapat tetapi tujuan nya sama iaitu memperjuangkan nasib pelajar universiti.
Walaupun kita sebagai mahasiswa tidak di benarkan berpolitik, tapi kalau kita fikir balik kita sebagai orang muslim, dan dalam islam politik termasuk dalam juzu’ bagaimana kita nk memisahkan politik dalam hidup kita.. Dan tidak dinafikan fikiran kita banyak diracuni dgn Politik kotor. Politik itu TIDAK kotor tapi orang yang memainkan Politik sebagai kotor kita katakana dia itu kotor.. NOT POLITIK… Cuba kita fikir semasa kita solat berjemaah kita mengikut iman kan? Kalau tidak mengikut iman maksudnya solat kita tidak sah. Dari situ kita Nampak itupun satu politik tpi bukan politik dunia..
Kerajaan tidak membenarkan Mahasiswa berpolitik, macam mane nk membina rakyat Malaysia yang berjiwa patriotic??? Jangan menyalahkan belia2 di Negara kita tidak mencintai Tanah Airnya… ini kerana sifat itu tidak ditanam dalam diri kita… bak kate pepatah Melayu melentor buluh biar dari ribongmya…
Tapi kite semua sudah dewasa kita tahu ape baik ape buruknya.. fikir2 lah sendiri… Orang lain tidak akan dapt menbantu diri kita kecuali kita sendiri…
Reference : http://pemikirsemasa.blogspot.com
hahahaha... panas gitu..
ReplyDelete